Sorok.

TH: BN sorok kerugian RM10b 2017, ini jawapan Najib

“Masalah menipu dan fitnah adalah, akan ada penipuan dan fitnah selepas itu untuk cover penipuan dan fitnah yang pertama tadi. PH dah tak boleh diselamatkan lagi…”

Sumber: https://www.abuleman.com/2019/04/th-bn-sorok-kerugian-rm10b-2017-ini-jawapan-najib.html

Subscribe via Telegram | https://t.me/AbuLemanAS

Advertisements

Najis.

SIRI TASAWUF: NAJIS ITU ADALAH DIRIMU

Siapa yang tidak kenal Abu Yazid Al-Busthami, beliau adalah termasuk di kalangan syeikh atau pemimpin kaum sufi. Namun siapa sangka beliau pernah mendapat ilmu yang sangat berharga daripada seekor anjing di tepi jalan.

Seperti biasa, Abu Yazid suka berjalan sendiri di malam hari. Lalu dia melihat seekor anjing berjalan terus ke arahnya, anjing itu dengan bersahaja jalan dan tidak menghiraukan sang Syeikh. Namun ketika sudah hampir dekat, Al-Busthami mengangkat jubahnya khuatir tersentuh sang anjing yang katanya najis itu.

Spontan anjing itu pun berhenti dan terus memandangnya. Entah bagaimana Abu Yazid seperti mendengar anjing itu berkata padanya;

“Tubuhku kering dan tidak akan menyebabkan najis padamu. kalau pun engkau itu merasa terkena najis, engkau tinggal basuh 7 kali dgn air dan tanah, maka najis di tubuhmu itu akan hilang. Namun jika engkau itu mengangkat jubahmu kerana menganggap dirimu yang berbaju dan badan manusia itu lebih mulia, lalu menganggap diriku yang berbadan anjing ini najis dan hina, maka najis yang menempel di hatimu itu tidak akan bersih walaupun engkau membasuhnya dengan 7 samudera lautan”.

Abu Yazid tersentak dan minta maaf daripada sang anjing. Lalu sebagai tanda permohonan maafnya yang ikhlas, dia pun lantas mengajak anjing itu untuk bersahabat dan jalan bersama. Tapi si anjing itu telah menolaknya.

“Engkau tidak patut berjalan denganku, kerana mereka yang memuliakanmu akan lantas mencemuhmu dan melempari aku dengan batu. Aku tidak tahu mengapa mereka menganggapku begitu hina, padahal aku berserah diri pada sang Pencipta wujud ini. Lihatlah aku juga tidak menyimpan dan membawa sebuah tulang pun, sedangkan engkau masih menyimpan sekarung gandum”, lalu anjing itu pun berjalan meninggalkan Abu Yazid yang masih terpinga-pinga.

Abu Yazid masih terdiam, “Duhai Allah, untuk berjalan dengan seekor anjing ciptaanMU saja aku tidak layak, bagaimana aku merasa layak berjalan bersama denganMU, ampunilah aku dan sucikan hatiku daripada najis.”

Sejak daripada peristiwa itu, Syeikh Abu Yazid pun sentiasa memuliakan dan mengasihi semua mahluk Tuhan tanpa syarat.

“Janganlah menganggap dirimu lebih suci daripada yang lain, sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang paling suci di antara hamba-hamba-Nya” (Surah an-Najm).

Semoga beroleh kefahaman. Amiin²

Aku tak kesah.

Dividen TH terendah, aku tak kesah..
Dividen ASB rendah, aku tak kesah..
AES bertambah, aku tak kesah..
Kena bayar SST, aku tak kesah…
RM50 tak penuh troli, aku tak kesah…
Harga barang naik, aku tak kesah..
Menteri takde ijazah, aku tak kesah…
Ptptn kena bayar, aku tak kesah…
Tol kena bayar, aku tak kesah..
Gaji tak naik2, aku tak kesah…
Ringgit jatuh, aku tak kesah…
Pelabur lari, aku tak kesah..
BR1M dapat 100 je, aku tak kesah..
ECRL, HSR, MRT dihentikan, aku tak kesah..
Ramai hilang pekerjaan, aku tak kesah..
Kerajaan potong sana sini, aku tak kesah…
Menteri tak reti buat kerja, aku tak kesah..

Yang aku kesah, masih ada lagi yang percaya PH walaupun dikencing begitu hancing! huhuhuhu..😂🤣Anda bagaimana????

Th.

SEBELAS JAWAPAN FAKTA TABUNG HAJI

Ada orang minta saya ringkaskan isu Tabung Haji termasuk jawab poster di bawah. Maka ini jawapan saya:

  1. RM4.1 bilion itu bukan rugi. Ia adalah susut nilai. Kebanyakan punca susut nilai adalah kerana penurunan harga saham yang diluar kawalan pengurusan TH. Tapi jumlah inilah benda yang diulang musuh politik untuk dakwa pengurusan TH gagal / menyeleweng.
  2. Antara 1 April hingga 31 Disember 2018, susut nilai aset TH adalah sebanyak RM5.4 bilion. Tapi sebab masa tu pemerintah dah bertukar, puak puak ini buat diam pula.
  3. Tabung Haji tak pernah rugi. Tahun 2017, keuntungan bersih mereka adalah RM3.412 bilion. Jumlah ini disahkan juruaudit bebas E&Y dan tak pernah dipertikaikan walaupun sudah berlaku pertukaran kerajaan.
  4. Pengurusan lama pakai kaedah Net Realisable Value (NRV) untuk seimbangkan defisit RM4.1b tersebut. Caranya, pengurusan TH nilaikan semula harga aset dengan harga yang mereka jangka boleh dijual. Jadi tinggilah sedikit daripada harga belian asal. Tapi orang marah. Ini creative accounting kata mereka. Penipu. Walaupun kaedah itu ikut standard perakaunan dunia.
  5. Masuk pengurusan baru, defisit aset TH dah jadi RM10.9 bilion. Maka pengurusan TH pindah aset kepada SPV, dapat kertas hutang, hilang semua dividen saham dan dapat penilaian harga melampau atas kertas. Contohnya saham Bumi Armada bernilai RM8 juta dinilai / ambilalih dengan nilai atas kertas RM115.2 juta. Ya PH kata itu bukan creative accounting, itu maknanya pandai. Orang yang cipta kaedah NRV pun dah boleh keluar dari kubur menangis sujud atas kaki orang yang cipta kaedah akaun macam ni. ‘NRV’ paling agung atas dunia.
  6. Ya, TH ada kerugian RM400 juta dalam pelaburan sawit di Indonesia dulu. Tetapi TH ini multi billions punya company. Dia pelbagaikan (diversify) pelaburan supaya kalau satu bisnes rugi, bisnes lain yang untung boleh cover. Sebab itu dari tahun 2013-2017, untung bersih TH adalah RM 15.047 bilion.
  7. Jika TH pernah rugi kerana terlibat dalam satu urusniaga berkaitan Jho Low, maka kerajaan siasat dan hukumlah mereka yang terlibat. Apa susah? Kemudian boleh siasat sama bagaimana TH dijadikan ‘piggy bank’ pada zaman PM ke 4 apabila membeli TH Perdana dan TH Selborn dengan harga RM436.38j berbanding harga penilai RM267.92j.

Pengerusi TH pada tahun 1998 adalah TS Ahmad Razali, adik ipar PM ketika itu.

  1. Kertas sukuk dan RCPS-i yang diberi oleh SPV sebagai galang ganti saham dan aset TH itu tiada jaminan kerajaan. Secara atas kertas, kalau SPV ini bungkus, TH tengok saja. Ya, UZAR kata tak perlu jamin sukuk SPV ini sebab deposit kita dah dijamin kerajaan. Soalnya, kalau SPV ini bungkus, TH akan rugi dan kita semua tak dapat dividen dan subsidi haji lagi. Yang ni tak ada orang pula nak fikir?
  2. Letak saham di SPV ini tak menguntungkan pun. Dividen saham ini semua SPV kaut. TH cuma diberi RCPS-i yang tak beri apa2 hasil. Saham tersebut pun bukan semuanya naik harga. Contohnya saham E&O masa dipindahmilik pada 31 Dec 2018 berharga RM1.12 se saham. Hari ini dah turun jadi 90 sen. Pendek kata SPV cuma tunggu dan kutip dividen sementara TH duk menganga tunggu lalat masuk mulut. Meniaga air tebu pun takdak senang macam ni.
  3. Ada orang kata untunglah kerajaan ambil alih saham TH dengan nilai yang tinggi. Ya, atas kertas memang untung. Tapi kalau saham2 tersebut tak boleh naik harga maka macammana SPV tersebut nak bayar kepada TH apabila sampai masa? Sudahlah RCPS-i yang menjadi galang ganti itu tiada jaminan kerajaan.
  4. Ada ahli politik kata kerajaan baik hati suntik RM17 bilion untuk selamatkan Tabung Haji. Tetapi disebabkan dia ni diploma memasak pun tak boleh nak habis, saya malas nak perli. Kalau Presiden pun tak reti beza antara kertas hutang dengan suntik modal, maka elok sangatlah partinya dipanggil orang sebagai khadam.

Amenda lagi tak faham?


Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu